28 Oktober, 2010

Pemrosesan Film

Pemrosesan filem hitam putih dan warna didalam Bilik Gelap merupakan teknik yang cukup popular sejak awal kewujudan senifoto. Diawal wujudnya senifoto warna semua gambar diproses dalam Bilik Gelap. Namun sejak wujudnya beberapa perisian dalam penggunaan komputer semua proses ini telah lama ditinggalkan. Malahan buat masa ini untuk memperolehi bahan kimia dan kertas cetak gambar hitam putih amat sukar.

Memulakan praktikal pemeroses filem hitam putih penting untuk membiasakan dengan kerja-kerja dalam Bilik Gelap. Walaupun ia adalah kaedah tradisional tetapi cara pemerosesan dan mencetak hitam putih adalah permulaan kearah membiasakan diri dengan pemerosesan filem warna dan sebagainya. Kaedah pemerosesan hitam putih bermula dengan percubaan untuk menghasilkan imej dari arang pada zaman permulaan senifoto. Dengan ciptaan berasaskan saintifik, Bromid Perak disalut pada Geletin lalu terhasillah filem hitam putih yang boleh menjadi kekal pada geletin. Hasilnya diteruskan dengan wujudnya filem-filem Poloroid yang boleh diproses tanpa bilik gelap.

Bilik Gelap:


Bilik gelap yang lengkap adalah sebuah bilik gelap yang diperlukan oleh setiap pengamal senifoto. Namun yang lebih utama ialah sebuah bilik yang ringkas bersih dan selamat. Sebuah bilik gelap yang baik dan moden perlu dilengkapkan dengan kelengkapan berikut.

1. Bilik kedap cahaya lengkap dengan peredaran udara yang sempurna. Bebas dari debu.
2. Alat pembesar gambar (Enlarger)
3. Bekalan air bersih dan sistem buangan yang sempurna.
4. Radas:
a. Tank untuk develop filem
b. Dulang meremdam kertas gambar
c. Silender bahan-bahan kimia
d. Alat bantuan; Jangka suhu. penyepit untuk kertas gambar, gunting, pemotong kertas. Sabun basuh.
5. Pengering filem (Film Drayer)
6. Pengering kertas gambar (Foto Drayer)
7.Lampu warna Merah atau Kuning (Safelight)
8. Kertas cetak gambar


9. Bahan kimia:
a. D76 - untuk filem
b. D163 - untuk kertas foto
c. Acitic Acid - Untuk filem dan kertas foto
d. Fixer (hypo)/Sodium Tyosulfid - untuk filem dan kertas foto.


Kaedah pemerosesan filem hitam putih:


1. Tentukan filem dan ISO
2. Masukkan filem ke dalam developing tank. Kerja-kerja ini perlu dilakukan dalam bilik gelap.
3. Masukkan D76, goncangkan developing tank selang 30 saat. Untuk filem ISO 100 masa proses ialah 10 minit.
4. Selepas itu masukkan Acitid Acid selama 30 saat.
5. Masukkan Fixer untuk selama 10 - 15 minit.
6. Selepas itu rendam didalam air yang mengalir (Running Water) selama 15 - 30 minit
7. Keringkan negatif dalam Film Dryer atau dalam bilik tidak berdebu.

Kaedah mencetak foto hitam putih:

1. Gunakan D163 untuk bahan kimia pertama. Rendam kertas foto yang telah didedahkan pada bayangan negatif selama 1-3 minit bergantung pada dedahan cahaya.
2. Gunakan gred kertas foto yang sesuai untuk jenis negatif.
a. Gred 1 untuk soft contras - cetakan dari negatif over expose/over develope.
b. Gred 2 untuk normal - cetakan dari negatif normal expose
c. Gred 3 untuk contras lembut - cetakan dari negatif under expose
d. Gred 4 untuk contras keras - cetakan dari negetif over under expose.
3. Masukkan ke dalam Acitid Acid selama 30 saat.
4. Rendamkan kertas foto ke dalam Fixer selama 15 - 30 minit
5. Rendamkan kertas foto dalam air mengalir selama 15 - 30 minit.
6. Keringkan dengan foto Dryer atau gantungkan kertas foto di tempat tidak berdebu.

Tindakbalas bahan kimia:

1. D76 - menghakiskan Bromid Perak yang didedahkan pada cahaya.
2. D163 - menimbulkan kesan hitam akibat dedahan cahaya pada kertas foto
3. Acitid Acid - menghentikan tindakbalas D76 dan D163.
4. Fixer - untuk menghilangkan kesan semua bahan kimia yang digunakan sebelumnya disamping mengeraskan kertas atau negatif.
5. Air - untuk menghilangkan kesan semua bahan kimia.

Kaedah pemerosesan filem warna:
Nama Proses Kodak C41
Suhu 100.4 F (37.8 C)
Developer 3 1/4
Bleach 6 1/2
Wash 3 1/4
Fix 6 1/2
Wash 3 1/4
Stabilizer 1 1/2


Kaedah proses ini bukan menggunakan mesin proses. Proses ini menggunakan Developing Tank dan boleh dilakukan sendiri. Namun kaedah proses dengan menghantar ke operator di mana-mana mesin proses lebih murah dan cepat.

Proses filem Slaid - Proses E6

Jika anda pernah memeroses filem hitam putih, amat mudah untuk memulakan memeroses Slaid dengan menggunakan bahan kimia E6. Proses E6 mudah dan boleh dilakukan dalam bilik gelap biasa atau jika rumah anda mempunyai ruang untuk kerja-kerja ini. Elakkan dari diganggu oleh kanak-kanak. Jika anda tidak memiliki bilik gelap bolehlah menggunakan Chagging Beg untuk looding filem ke dalam developing tank.
Gunakan Developing Tank yang biasa jika anda hanya seorang amatur. Jika anda hendak memeroses Slaid dalam jumlah yang banyak sila gunakan proseser semi auto yang berjenama JOBO. Kosnya agak tinggi jika untuk kegunaan amature. Anda boleh menggunakan cara ini samaada di field atau dimana saja.
Dapatkan Kit Developer yang ready make dari kedai yang professioanl. Dan kaedahnya adalah seperti berikut:
Bil. Bahan kimia Masa proses Suhu
1. Developer pertama
7 minit 38 C
2. Bilas (wash)
1 minit
3. Bilas
1 minit
4. Reversh Bath
2 minit
5. Colour Developer
6 minit
6. Conditioner
2 minit
7. Bleach

7 minit
8. Fixer
4 minit
9. Basuh (Wash)
6 minit
10. Stabilizer
1 minit


-
Kaedah proses E6:
1. Pastikan filem yang hendak diproses ini menggunakan
proses E6.
2. Gunakan cara biasa dengan memasukkan filem slaid ke real filem dalam keadaan gelap. Samaada dengan menggunakan Darkroom atau Chagging Beg.
3. Setelah filem dimasukkan ke dalam Developing Tank, anda bolehlah memasukkan Developer Pertama (Fist Developer). Developer Pertama ini dibekalkan dalam dua bahagian (Part A dan Part B). Dua bahagian ini hendaklah dicampur menjadi satu sebelum digunakan. Proses ini selama 7 minit dengan menggoncang Developing Tank. Jika menggunakan Prosesor JOBO, tank tersebut akan berputar secara automatik.
4. Setelah itu keluarkan Developer ini kedalam botol, dan bilas filem dengan air selama 1 minit.
5. Selepas itu Masukkan Reversed Bath selama 2 minit.
6. Setelah dikeluarkan Reversed Bath, masukkan ColourDeveloper selama 6 minit. Colour Developer ini juga dibekalkan dalam dua bahagian (Part A dan Part B). Campurkan mengikut arahan yang diberikan.
7. Kemudian masukkan conditioner selama 2 minit.
8. Masukkan Bleach selama 7 minit.
9. Fixer selama 4 minit.
10. Basuh dengan menggunakan air selama 6 minit
11. Masukkan Stabilizer untuk proses yang terakhir.

Proses E6 boleh menggunakan cara manual, automatik. Jika menggunakan cara manual anda perlu panaskan air terlebih dulu. Sekiranya menggunakan cara automatik, air akan panas sendiri. Suhu yang digunakan perlu tepat, jika tidak filem slaid anda tidak menghasilkan warna yang tepat.

Selepas dikeringkan dengan filem drayer atau hair drayer atau dengan hanya mengantung di tempat yang tidak berdebu anda bolehlah memotong filem tadi dan di mountkan ke slaid mount yang juga boleh diperolehi dikedai fotografi. Cara mounting ini ada dua cara, samaada menggunakan manual atau mesin.
*Setelah wujud teknologi digital penggunaan slaid telah berkurangan. Jika dahulu ia banyak digunakan dalam bantuan pengajaran. Setelah wjud perisian Power Point slaid telah tidak popular lagi.
Grafik Enlarger
Grafik Bilik Gelap
Alat proses file JOBO
Bahan Kimia

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Untuk kebaikan blog ini komentar anda aku tunggu